;

UKM2~di mana keadilan?

Entry kali ni, x nak jenguk jauh-jauh sgt.. yg dekat-dekat sudah.. apa lagi kalu bukan kes UKM4 dan UKM 2.. ape ke bende 2??

UKM4
Tanggal 22 April 2010, tarikh keramat buat 4 orang pelajar Sains Politik UKM.. iaitu Sdr Hilman Idham, Sdr Ismail Aminuddin, Sdri Azlin Shafina Adzha dan Sdr Woon King Chai.. 



Ditahan dan didakwa mengikut Seksyen 15(5)(A) Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971.  ketika mahasiswa lain sedang bergelumang dgn buku dan nota-nota buat persediaan exam final..  tindakan mereka turun padang ke Hulu Selangor utk melihat sendiri situasi Pilihanraya sebenar akhirnya membawa padah.. Akta tersebut menyatakan bahawa :
“Tiada seorang pun pelajar universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut perlembagaan boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan bangkangan terhadap – (a) mana-mana parti politik sama di dalam atau di luar Malaysia.”

                Mereka walaubagaimanapun menafikan tuduhan itu dan mendakwa pergi ke pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor berlangsung itu adalah untuk tujuan kajian penyelidikan akademik.  Sudah tentu, sebagai seorang pelajar Sains politik, berada di dalam gelanggang pilihanraya sebenar secara tidak langsung dapat menambahkan lagi kefahaman mereka thdp pembelajaran di dalam kelas selama ini.  Kalu pelajar Geologi boleh g kaji batu kat bukit mane2 , pelajar dakwah boleh turun dakwah ke orang asli, pelajar catering masuk dapur masak2..tp, kalu pljr sains politik turun ke pilihanraya, jd salah pulak? Erm.. mereka turun kelapangan untuk melaksanakan pemerhatian dan kajian berdasarkan nilai norma dan aplikasian yang dipelajari didalam bilik kuliah...dan seperti yang dilindung di dalam AUKU dibawah perkara 15 (6) Pindaan 2009 yang membenarkan mahasiswa terlibat didalam apa jua perkara selagi ianya meliputi dan berkaitan dengan bidang masing-masing.. jd, ringkasnya, semua pihak termasuk Pemuda Dewan Perhimpunan China Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH), Jaringan Rakyat Tertindas ( Jerit ), Centre for Independent Journalism (CIJ), Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Center for Orang Asli Concerns dan Suara rakyat malaysia (SUARAM), Menggesa UKM menarik balik tuduhan yg diknakn ke ats mereka.. atas dasar kesedaran pihak-pihak tertentu espcially, gerakan mahasiswa, ISU UKM4 ini diwar-warkan di media massa dan elektronik sebagai satu cara mengeksploitasi balik pemikiran rakyat Malaysia bahawa mahasiswa adalah bakal peneraju kepimpinan negara, jika mahasiswa dilayan mcm budak skolah rendah, smpai bila pemikiran mrk dpt matang dan berkembang?

            Pada hemat penulis, hakikatnya, 4 org student ni, ditangkap ats dakwaan membantu parti PKR sms pilihanraya itu.. jd, berkemugknn bg menjaga kepentgn satu pihak yg tertentu, mereka dijadikan mangsa keadaan..

UKM2
Isu ini baru je berlaku beberapa minggu yg lepas, sedang kiter semua terceruk di sudut-sudut library, siapkn asg dan belajar bg mhdpi final exam yg dijadualkn pd ujung bulan 10, gempak lagi dunia AUKU dengan isu 2 orang mahasiswa UKM mengambl bahagian dlm raptai penuh perhimpunan agung UMNO di PWTC pd 17 okt yang lalu..

Sudah!.. isu UKM4 msh x setel, still meleret kuar masuk mahkamah, tiba-tiba muncul pula isu baru yang melibatkan mahasiswa dan parti politik..



Kumpulan yang dikenali sebagai Kesatuan Mahasiswa Mahasiswa Sedar (KEMAS) mendakwa mereka dapat mengecam kedua-dua orang (bulat merah) dalam gambar di atas adalah mahasiswa UKM.  KEMAS mendakwa mahasiswa terbabit adalah daripada Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Kejuruteraan UKM.

Terang lagi bersuluh pulak tu.. kalu tgk dr gambar, 2 org tu, berada di barisan depan skali iring VIP dlm AGM UMNO 2.. UMNO 2, sah-sah parti politik kan? Kenapa mrk dibiarkan begitu shj? Kenapa x ditgkp dan didakwa di bwh akta yang sama mcm yg berlaku pada UKM4? Ekoran daripada inilah, timbulnya isu UKM2 ini, adakah UKM mengamalkan double standart? Ada anak emas.. ader anak tiri?..

HeMat Penulis
Persoalan-persoalan begini, menjerut ruang lingkup pemikiran mahasiwa kini.. pening..pening.. yg mana satu betul? Adakah jika kita menyokong parti yg pro-kerajaan, kita akan bebas dr sbrg undang2 dan peraturan? Adakah jika kita dilihat seolah-olah (just seolah-olah, bukan betul2 pun) menyokong parti pembangkang, kita diikat dgn sgl mcm undang2 dan peraturan yg kadang-kala x munasabah?

            Perkara-perkara sebegini merupakan wajah sebenar yang berlaku di setiap kampus.. bukan shj di UKM.. penulis cuba melihat dan membaca isu ini daripada kaca mata akademik.. tp, malangnya, penulis gagal menjumpai sbrg kemunasabahan.. semakin difikir, semakin penulis muak dan juak dgn sikap ssstgh pihk yg cuba mengmbl kesempatn ats ketidakupayaan mahasiswa rentetan terlingkup dalam tempurung kaca AUKU.. hanya mampu melihat tapi tidak mampu berbuat apa2.. penulis faham tujuan sebenar AUKU adlh utk kebaikan mahasiswa itu sndri.. tp, jika pihak yg mendokong AUKU itu sendiri melanggarnya, masih adakah lagi kepatuhan mereka yang lain? Cth mudah: seorang cikgu cakap pada muridnya, “kamu jgn sesekali hisap rokok!”.. tiba2, suatu hari murid 2 msk dlm bilik guru, tgk cikgu tu tgh hisap rokok.. Nah! Masih adakah lg respect murid tu pd cikgunya? Adakah tegahan cikgunya itu akan diikuti oleh murid td 2? .. teori asas mcm ni, dah jd progrm dlm diri kita, tp, kenapa kita selalu melawan program tu? Dan akhirnya membinasakan diri sndri?..

                Firman Allah:
كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لا تَفْعَلُونَ (٣)
“amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.”

Maka, bukalah mata, terangkan minda, suluhkan hati.. jgnlah kita menjadi seperti umat-umat terdahulu yg tahu kebenaran sesuatu perkara tapi, buat-buat x tahu.. hanya semata-mata ego dan jaga kepentingn diri sendiri..