;

.:Jom couple!:.


Life as a student, hidup seorang diri di rantauan tanpa pengawasan mak atau ayah, dengan keadaan sekeliling masing-masing mahu berpasangan, berkasih-sayang dan menyemai cinta.. sudah tentu, tidak kan terlepas sesetengah daripada mereka yang bergelar ustaz/ustazah ni, utk turut sama terjebak dengan agenda couple atau berpasangan ini.  Setiap kemaksiatan yang dilakukan cuba dimurnikan atas nama syariat yang kreatif dipesongkan oleh akal dan nafsu.. semakin lari dan jauh daripada syariat yang sebenar.. agama dijadikan passport untuk untuk meneruskan kebaikan kaca mata sendiri tanpa mempedulikan btsan syariat Islam yg sbnr..

                Cinta anta..anti…
Assalamualaikum, nt cht ke hari ni? Bangun qiam x, pg td?  Klas pg ni jgn luper ek.. jumper nnti.. uhibuki lillah”.. tersenyum aryn tatkala membaca sms yg ditrimanya.. “syukran, akhi.” Taip Aryn ringkas dan send..
Senyumannya bibir mugil itu semakin lebar apb teringtkn msg dan miskol yg diterimanya semalam utk mengejutkn bangun qiammulail, dy senang sekali kerna hari ni, jiwanya terasa tenang ats kekusyukan tahajuddnya smalam dan dy bisa mhdpi hari ini dgn lbh baik.. 
                Hari.. hari yang dilalui bersama si dia yang bernama Rayyan itu terasa bagai rahmat Ilahi buat Aryn.. Rayyan, seorang Hafizz lepasan diploma Darul Quran JAKIM yg kini bersama-samanya mengambil Degree di salah sebuah IPTA terkemuka di Malaysia.  Pertemuan pertama mereka semasa Minggu Mesra Pelajar telah membuahkan bibit cinta yang dari hari ke hari mekar bagai bunga-bungaan yang disiram air setiap hari, namun, atas nama ustaz/ustazah, masing-masing hanya memendam perasaan di dalam hati. Setelah hampir dua tahun hubungan yang terjalin antara mereka hanyalah atas nama persahabatan.. peristiwa Rayyan menyelamatkan Aryn yang lemas di Sungai Lebam semasa aktiviti berkayak semasa menyertai Program Anak Angkat di Johor menyatukan mereka di atas nama cinta...
                Namun, sebagai pelajar Pengajian Islam, bukan mudah untuk mereka bergelar couple.  Dating hanya di luar itupun bersama teman-teman.. nak berdua-duaan? Sudah tentu mustahil.. sms dan YM penguat kasih dan sayang..  setiap kali sebelum tidur, Rayyan pasti tidak lupa untuk menelefon Aryn dan mengucapkan selamat malam..   Aryn pun begitu, setiap kali ada masa terluang, pasti dia akan mencuri-curi memasak makaroni kegemaran Rayyan dan mereka akan makan bersama-sama di Tasik Fakulti Alam Bina. 
........................
                “Akhi, cinta kita ni, diredhai Allah kan? Kita x pegang-pegang tangan, x bonceng, selalu bertukar-tukar msg tazkirah, akhi x pggl ana sayang, ana x panggil akhi sayang atau abang..  n, plg penting, parents kita pun redha hubungan kita kan?” lunak suara Aryn menyoal Rayyan di suatu petang di perpustakaan semasa sedang menyiapkan asgment Pemikiran Islam Semasa.
                “mestilah, bercinta mcm ni, yang dituntut dalam Islam, hehe..”, sengih Rayyan. 
________________________________.........................................._________________________

                Kisah di atas hanyalah sekelumit kisah cinta yang mengerumuni hidup siswa siswi di kampus..
                Atas alasan perbincangan, tazkirah, kejut qiamulail dan macam-mcm lagi la yg berbau keislaman mereka halalkan hubungan yg terjalin.  Lebih-lebih lagi, dengan pengaruh nasyid fatwa cinta kontemporari hari ini yang enak mendendangkan lagu-lagu cinta yang islamic.. hangat lagilah bunga cinta yang sedang mekar..pada hakikatnya, semua itu hanyalah mainan perasaan dijahiti bisikan syaitan yang sentiasa mendorong utk melihat kebaikan dalam noda.  Alam remaja merupakan usia keemasan bg seseorang.. tetapi setakat mana kita faham hakikat cinta yang sebenar? Tuntasnya cinta sesama manusia  harus menjadi wasilah kepada kecintaan yang lebih luhur pd Ilahi..
                Cinta adalah fitrah.. dan fitrah adlh suci.. (sense of belonging)-ingin memiliki dan dimiliki.. Tapi, bila kesucian dcemari dengan nafsu amarah.. maka, fitrah itu sudah lari dari landasan yg benar.. mmg benar, Islam tdk mhalang cinta lelaki dan wanita, namun setakat mana kefahaman kita akan ikhtilat yg dibenarkn spnjg bercinta? Jelaskah kita sejujurnya bercinta bagaimana sbnrnya yg dikatakn bercinta cara Islam?..
                Jika benarlah, kita mengaku, kita tahan diuji dgn ujian sblm perkahwinan, kita mampu kawal nafsu dan diri drpd melampaui batas ikhtilat dlm Islam.. adakah diri sendiri yg mengawal takdir? Allah ciptakan manusia, Allah Maha Mengetahui kelemahan manusia, maka, ditegahNya manusia mendekati perkara yg membwa kpd goyahnya iman, takut-takut kecundangnya manusia.. sejarah Adam dan Hawa.. peristiwa memakan buah khuldi yg akhirnya Adam dan Hawa diturunkan ke dunia.. Firman Allah : Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19).. tegahan Allah dlm ayat ini spy tidak menghampiri perkara yg ditegah, kerana Allah Mengetahui, manusia itu lemah, dan syaitan itu sentiasa mengajak kpd kebatilan.. sekali kita jejak kaki ke arah menghampiri perkara yg ditegah itu.. sungguh!.. susah nk patah balik... gitulah ibaratnya larangan menghampiri zina.. bercinta sblm kahwin termsk dlm perkara syubhah yg dikhuatiri menghampiri zina.. sekuat manapun iman seseorang itu, kalau dah namanya insan biasa (bukan Rasulullah yang ma’sum) maka, bila-bila saja, boleh terjelopok di lembah dosa..
                Hakikatnya, Allah Taala telah menetapkan satu jalan utk bercinta dan pada masa yg sama dilimpahi keredhaan dan rahmat Allah.. APA?..
PERKAHWINAN
Cinta dalam Islam hanyalah setelah sah ijab kabul.. cinta yg bermaruah, kudus dan suci..
Islam melarang sesuatu perkara, ttp tdk bermakna ianya tergantung di situ.. fitrah itu dipenuhi dengan galang ganti yg lebih baik.. jika Islam melarang bercinta lelaki dan perempuan sblm ada ikatan yg sah.. gantiannya, bahtera rumah tangga yg penuh barakah dan rahmah..
Sabda Rasulullah s.a.w :
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.”    (Ibnu Majah).
Ajal maut, rezeki serta jodoh adlh tiga perkara yg sudah ditetapkn sejak azali penciptaan manusia.. maka, usah kecewa dan risau mahupun gundah-gulana takutkan diri membujang hingga ke tua.. jika ada jodohnya, akan ketemu jua suatu hari nanti, jika tdk pun, menantinya si dia di syurga yg kekal abadi..
Hakikatnya...
...’Couple’lah dengan Yang Maha Satu, nescaya cintamu berbalas...

BERCINTA YANG SEBENAR-BENARNYA:
1. Banyak mengingat dan menyebut kekasihnya..
surah Al-Ahzab ayat 41 :
"Wahai orang-orang yang beriman, sebutlah nama Allah dengan sebutan yang banyak"
Namun, cinta tak cukup dengan hanya melafazkan sahaja.mesti hadir ikhlas dlm hati..
Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 142:
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' (dengan solat) dihadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut nama Allah kecuali sedikit sahaja"
Zikr dan byk mengingati Allah, sesungguhnya dgn mengingati Allah, hati akan mjadi tenang.. dapatlah jugok pahalanya dr duk tingat kat gewe nuh..(teringat akan pasangan)..
2. Rasa rindu untuk bertemu kekasih
Kekasih kita yang abadi.. bila pertemuannya? Tidak lain tidak bukan ketika di hujung nyawa.. rindunya ‘abid pd TuhanNya, sentiasa mendambakan syahid dan Husnul khatimah..
3. Merasakan asyiknya berbicara berduaan dengan kekasih
Berbicara dgn kekasih hati? Sudah tentu ketika solat dan munjat hambaNya.. bahkan bacaan dalam solat kita, setiap satunya merupakan dialog tdk lgsg yg berlaku dgn Allah Ta’ala..
“Beribadah kepada Allah dalam keadaan seakan-akan kamu melihat-Nya. Jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihatmu...”

4. Rasa cemburu dan marah apabila kekasih diganggu atau direndahkan
Muhasabah diri, setakat mana, kita merasa marah dan terganggu apabila Allah dihina oleh umat agama lain yg memusuhi Islam? Setakat mana, kita cemburu, apabila orang lain berpeluang beribadah lebih daripada kita tika dinihari, berpeluang bersama RabbNya, sdg kita enak dibuai mimpi mainan syaitan??
5. Bergetar apabila disebut nama kekasih
Sepertimana yang disebut dalam surah Al-Anfal ayat 2:
"Orang-orang mukmin itu hanyalah mereka yang apabila disebut nama Allah bergetar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah bertambahlah keimanan meraka..."
SURAT CINTA DARI KEKASIH
AL-QURAN.. kitab suci dari langit diutuskan melalui lisan rasulNya.. namun, adakah kita betul-betul menghargai surat-surat agung yang terkandung didlmnya?

Kenyataannya, layakkah kita bercinta sesama manusia dengan penuh pengharapan redha dan rahmat daripada Allah ats hubungan yg terjalin.. sedangkan cinta kita dengan pencipta tidak smpai sejengkal.. cinta kepada manusia lebih daripada itu?
Usah berbicara ttg cinta anta anti mahupun couple islamic.. jika cinta itu berhaluankn nafsu semata-mata, bukan kerana Allah..
Fikir-fikirkanlah...