gambar hiasan |
Hilang fokus dan tumpuan terhadap pelajaran dan terlalu menumpukan persatuan menyebabkan hal yang demikian terjadi. Seharusnya, setiap pelajar sedar akan kewajipan asasi mutlak kita iaitu sebagai pelajar. berusaha untuk memperoleh segulung ijazah.. bukannya, menghabiskan duit kerana terpaksa repeat atau extend..
Penulis tidak bermaksud ingin mengecam mana-mana pihak, namun itulah hakikatnya, pandangan sesetengah pelajar yang 'gagal dalam pelajaran kerana terlibat dengan persatuan'... mereka berusaha mencari pesalah akan kesilapan yang mereka sendiri lakukan..
Penulis cuba mengecilkan skop kepada persatuan yang matlamatnya jelas kearah kebaikan atau kebajikan bukan hiburan atau sesuatu yang tidak relevan/ berkaitan dengan dunia sebagai mahasiswa.
Senario yang berlaku baru-baru ini, pelajar yang terlibat dengan persatuan kebanyakannya pointer menurun atau semakin sedikit usaha mengejar pointer yang baik. Mereka terlalu asyik dengan keseronokan menganjurkan program dan berjuang menegakkan kebenaran. Hakikatnya, penulis sendiri menjadi salah seorang daripada individu2 berpersatuan. Lantang bersuara jika ada penyelewengan yang melibatkan hak student. Hal yang sedemikian penulis rasakan satu keperluan kerana sebagai seorang pelajar yang bersama-sama menyokong perjuangan hak mahasiswa di IPT, pihak-pihak tertentu terutamanya yang berkepentingan tidak harus menjadikan pelajar lembu dicucuk hidung. Hanya tunduk pada penganiayaan dan rasuah.
Namun, dari sudut yang lain, setiap pelajar harus tidak sesekali mengabaikan pelajaran. Doa, usaha dan tawakal seharusnya menjadi secret weapon yang terutama. Tanpanya, tidak mungkin, kejayaan dalam semua lapangan akan dikecapi. Ingatlah firman Allah di dalam Surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."
Jelaslah, jika kita betul-betul ikhlas dlm melaksanakan amal ini, insyaAllah, pertolongan Allah itu dekat dgn kita. Namun, jgn sesekali kita mengabaikan perkara yang lain. Kewajipan sebagai seorang anak dan seorang pelajar juga harus menjadi pundak utama. Amalkan menghubungi ibu bapa setiap hari sebolehnya jika kita tinggal berjauhan dengan ibu bapa. Dan pastikan kerja-kerja akademik spt tugasan lecturer beri serta homework disiapkn... pada masa yg sama, keep fokus dlm kelas..
Istilah Penggerak gerakan tetapi penjenayah akademik tidak sepatutnya berlaku, organisasi mahupun persatuan tidak pernah menjadi pesalah kegagalan, attitude individu adalah pesalahnya, sibuk berjaga malam siapakan senjata perang, tapi, abaikan asgment. Berdemo sana sini, tapi, x hormat pensyarah dan x jaga hubungan dengan Rabbi.. semua 2, adalah penyebab Janji Allah spt yg disebutkan di atas tidak terjadi.. mahukan kejayaan, usaha tiada..
Walaubagaimanapun, kita kena sentiasa ingat, kadang-kadang apa yang kita impikan tidak diberikan Allah secara cash.. (la la tu jgk).. mungkin Allah tangguhkan untuk kita dapat yg lebih baik..
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
Kesimpulannya, janganlah sesekali dikalangan kita, terutamanya yang memegang amanah penggerak agama Allah ini, menyalahkan gerak kerja dalam perjuangan sebagai pesalah kepada kegagalan diri sendiri. Teruskan perjuangan dan yakinlah dengan janji Allah kepada hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh serta ikhlas dalam jalan yang diredhaiNya.