;

.:Jom couple!:.


Life as a student, hidup seorang diri di rantauan tanpa pengawasan mak atau ayah, dengan keadaan sekeliling masing-masing mahu berpasangan, berkasih-sayang dan menyemai cinta.. sudah tentu, tidak kan terlepas sesetengah daripada mereka yang bergelar ustaz/ustazah ni, utk turut sama terjebak dengan agenda couple atau berpasangan ini.  Setiap kemaksiatan yang dilakukan cuba dimurnikan atas nama syariat yang kreatif dipesongkan oleh akal dan nafsu.. semakin lari dan jauh daripada syariat yang sebenar.. agama dijadikan passport untuk untuk meneruskan kebaikan kaca mata sendiri tanpa mempedulikan btsan syariat Islam yg sbnr..

                Cinta anta..anti…
Assalamualaikum, nt cht ke hari ni? Bangun qiam x, pg td?  Klas pg ni jgn luper ek.. jumper nnti.. uhibuki lillah”.. tersenyum aryn tatkala membaca sms yg ditrimanya.. “syukran, akhi.” Taip Aryn ringkas dan send..
Senyumannya bibir mugil itu semakin lebar apb teringtkn msg dan miskol yg diterimanya semalam utk mengejutkn bangun qiammulail, dy senang sekali kerna hari ni, jiwanya terasa tenang ats kekusyukan tahajuddnya smalam dan dy bisa mhdpi hari ini dgn lbh baik.. 
                Hari.. hari yang dilalui bersama si dia yang bernama Rayyan itu terasa bagai rahmat Ilahi buat Aryn.. Rayyan, seorang Hafizz lepasan diploma Darul Quran JAKIM yg kini bersama-samanya mengambil Degree di salah sebuah IPTA terkemuka di Malaysia.  Pertemuan pertama mereka semasa Minggu Mesra Pelajar telah membuahkan bibit cinta yang dari hari ke hari mekar bagai bunga-bungaan yang disiram air setiap hari, namun, atas nama ustaz/ustazah, masing-masing hanya memendam perasaan di dalam hati. Setelah hampir dua tahun hubungan yang terjalin antara mereka hanyalah atas nama persahabatan.. peristiwa Rayyan menyelamatkan Aryn yang lemas di Sungai Lebam semasa aktiviti berkayak semasa menyertai Program Anak Angkat di Johor menyatukan mereka di atas nama cinta...
                Namun, sebagai pelajar Pengajian Islam, bukan mudah untuk mereka bergelar couple.  Dating hanya di luar itupun bersama teman-teman.. nak berdua-duaan? Sudah tentu mustahil.. sms dan YM penguat kasih dan sayang..  setiap kali sebelum tidur, Rayyan pasti tidak lupa untuk menelefon Aryn dan mengucapkan selamat malam..   Aryn pun begitu, setiap kali ada masa terluang, pasti dia akan mencuri-curi memasak makaroni kegemaran Rayyan dan mereka akan makan bersama-sama di Tasik Fakulti Alam Bina. 
........................
                “Akhi, cinta kita ni, diredhai Allah kan? Kita x pegang-pegang tangan, x bonceng, selalu bertukar-tukar msg tazkirah, akhi x pggl ana sayang, ana x panggil akhi sayang atau abang..  n, plg penting, parents kita pun redha hubungan kita kan?” lunak suara Aryn menyoal Rayyan di suatu petang di perpustakaan semasa sedang menyiapkan asgment Pemikiran Islam Semasa.
                “mestilah, bercinta mcm ni, yang dituntut dalam Islam, hehe..”, sengih Rayyan. 
________________________________.........................................._________________________

                Kisah di atas hanyalah sekelumit kisah cinta yang mengerumuni hidup siswa siswi di kampus..
                Atas alasan perbincangan, tazkirah, kejut qiamulail dan macam-mcm lagi la yg berbau keislaman mereka halalkan hubungan yg terjalin.  Lebih-lebih lagi, dengan pengaruh nasyid fatwa cinta kontemporari hari ini yang enak mendendangkan lagu-lagu cinta yang islamic.. hangat lagilah bunga cinta yang sedang mekar..pada hakikatnya, semua itu hanyalah mainan perasaan dijahiti bisikan syaitan yang sentiasa mendorong utk melihat kebaikan dalam noda.  Alam remaja merupakan usia keemasan bg seseorang.. tetapi setakat mana kita faham hakikat cinta yang sebenar? Tuntasnya cinta sesama manusia  harus menjadi wasilah kepada kecintaan yang lebih luhur pd Ilahi..
                Cinta adalah fitrah.. dan fitrah adlh suci.. (sense of belonging)-ingin memiliki dan dimiliki.. Tapi, bila kesucian dcemari dengan nafsu amarah.. maka, fitrah itu sudah lari dari landasan yg benar.. mmg benar, Islam tdk mhalang cinta lelaki dan wanita, namun setakat mana kefahaman kita akan ikhtilat yg dibenarkn spnjg bercinta? Jelaskah kita sejujurnya bercinta bagaimana sbnrnya yg dikatakn bercinta cara Islam?..
                Jika benarlah, kita mengaku, kita tahan diuji dgn ujian sblm perkahwinan, kita mampu kawal nafsu dan diri drpd melampaui batas ikhtilat dlm Islam.. adakah diri sendiri yg mengawal takdir? Allah ciptakan manusia, Allah Maha Mengetahui kelemahan manusia, maka, ditegahNya manusia mendekati perkara yg membwa kpd goyahnya iman, takut-takut kecundangnya manusia.. sejarah Adam dan Hawa.. peristiwa memakan buah khuldi yg akhirnya Adam dan Hawa diturunkan ke dunia.. Firman Allah : Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19).. tegahan Allah dlm ayat ini spy tidak menghampiri perkara yg ditegah, kerana Allah Mengetahui, manusia itu lemah, dan syaitan itu sentiasa mengajak kpd kebatilan.. sekali kita jejak kaki ke arah menghampiri perkara yg ditegah itu.. sungguh!.. susah nk patah balik... gitulah ibaratnya larangan menghampiri zina.. bercinta sblm kahwin termsk dlm perkara syubhah yg dikhuatiri menghampiri zina.. sekuat manapun iman seseorang itu, kalau dah namanya insan biasa (bukan Rasulullah yang ma’sum) maka, bila-bila saja, boleh terjelopok di lembah dosa..
                Hakikatnya, Allah Taala telah menetapkan satu jalan utk bercinta dan pada masa yg sama dilimpahi keredhaan dan rahmat Allah.. APA?..
PERKAHWINAN
Cinta dalam Islam hanyalah setelah sah ijab kabul.. cinta yg bermaruah, kudus dan suci..
Islam melarang sesuatu perkara, ttp tdk bermakna ianya tergantung di situ.. fitrah itu dipenuhi dengan galang ganti yg lebih baik.. jika Islam melarang bercinta lelaki dan perempuan sblm ada ikatan yg sah.. gantiannya, bahtera rumah tangga yg penuh barakah dan rahmah..
Sabda Rasulullah s.a.w :
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.”    (Ibnu Majah).
Ajal maut, rezeki serta jodoh adlh tiga perkara yg sudah ditetapkn sejak azali penciptaan manusia.. maka, usah kecewa dan risau mahupun gundah-gulana takutkan diri membujang hingga ke tua.. jika ada jodohnya, akan ketemu jua suatu hari nanti, jika tdk pun, menantinya si dia di syurga yg kekal abadi..
Hakikatnya...
...’Couple’lah dengan Yang Maha Satu, nescaya cintamu berbalas...

BERCINTA YANG SEBENAR-BENARNYA:
1. Banyak mengingat dan menyebut kekasihnya..
surah Al-Ahzab ayat 41 :
"Wahai orang-orang yang beriman, sebutlah nama Allah dengan sebutan yang banyak"
Namun, cinta tak cukup dengan hanya melafazkan sahaja.mesti hadir ikhlas dlm hati..
Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 142:
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' (dengan solat) dihadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut nama Allah kecuali sedikit sahaja"
Zikr dan byk mengingati Allah, sesungguhnya dgn mengingati Allah, hati akan mjadi tenang.. dapatlah jugok pahalanya dr duk tingat kat gewe nuh..(teringat akan pasangan)..
2. Rasa rindu untuk bertemu kekasih
Kekasih kita yang abadi.. bila pertemuannya? Tidak lain tidak bukan ketika di hujung nyawa.. rindunya ‘abid pd TuhanNya, sentiasa mendambakan syahid dan Husnul khatimah..
3. Merasakan asyiknya berbicara berduaan dengan kekasih
Berbicara dgn kekasih hati? Sudah tentu ketika solat dan munjat hambaNya.. bahkan bacaan dalam solat kita, setiap satunya merupakan dialog tdk lgsg yg berlaku dgn Allah Ta’ala..
“Beribadah kepada Allah dalam keadaan seakan-akan kamu melihat-Nya. Jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihatmu...”

4. Rasa cemburu dan marah apabila kekasih diganggu atau direndahkan
Muhasabah diri, setakat mana, kita merasa marah dan terganggu apabila Allah dihina oleh umat agama lain yg memusuhi Islam? Setakat mana, kita cemburu, apabila orang lain berpeluang beribadah lebih daripada kita tika dinihari, berpeluang bersama RabbNya, sdg kita enak dibuai mimpi mainan syaitan??
5. Bergetar apabila disebut nama kekasih
Sepertimana yang disebut dalam surah Al-Anfal ayat 2:
"Orang-orang mukmin itu hanyalah mereka yang apabila disebut nama Allah bergetar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah bertambahlah keimanan meraka..."
SURAT CINTA DARI KEKASIH
AL-QURAN.. kitab suci dari langit diutuskan melalui lisan rasulNya.. namun, adakah kita betul-betul menghargai surat-surat agung yang terkandung didlmnya?

Kenyataannya, layakkah kita bercinta sesama manusia dengan penuh pengharapan redha dan rahmat daripada Allah ats hubungan yg terjalin.. sedangkan cinta kita dengan pencipta tidak smpai sejengkal.. cinta kepada manusia lebih daripada itu?
Usah berbicara ttg cinta anta anti mahupun couple islamic.. jika cinta itu berhaluankn nafsu semata-mata, bukan kerana Allah..
Fikir-fikirkanlah...

~Berpesatuan itu jenayah?~

Dunia pelajar hari ini terutamanya mahasiswa di IPT, kita semua tidak dpt lari drpd terlibat dgn organisasi atau persatuan mahupun kelab di IPT masing2.. terutamanya, jika ada di antara IPT2 tertentu yg mengenakn syarat yg berkaitan. tambahan pula, sebagai seorang mahasiswa yg bakal menjejaki dunia pekerjaan, kemahiran-kemahiran tertentu atau softskill yg cekap amat diperlukan. Malahan, ada dikalangan majikan yang tidak terlalu memndang pointer atau PNGK tetapi menekankan aspek komunikasi dan kemahiran ketika temuduga.

gambar hiasan
Hal yang demikian mungkin menyebabkan sesetengah pelajar terlalu leka mahupun alpa dengan dunia persatuan terutamanya jika dia seorang yang hebat atau memegang jawatan2 yang penting. Sehingga menyebabkan seringkali pelajaran terabai dan menjerumuskan mereka ke arah kegagalan.


Hilang fokus dan tumpuan terhadap pelajaran dan terlalu menumpukan persatuan menyebabkan hal yang demikian terjadi. Seharusnya, setiap pelajar sedar akan kewajipan asasi mutlak kita iaitu sebagai pelajar. berusaha untuk memperoleh segulung ijazah.. bukannya, menghabiskan duit kerana terpaksa repeat atau extend..


Penulis tidak bermaksud ingin mengecam mana-mana pihak, namun itulah hakikatnya, pandangan sesetengah pelajar yang 'gagal dalam pelajaran kerana terlibat dengan persatuan'... mereka berusaha mencari pesalah akan kesilapan yang mereka sendiri lakukan..


Penulis cuba mengecilkan skop kepada persatuan yang matlamatnya jelas kearah kebaikan atau kebajikan bukan hiburan atau sesuatu yang tidak relevan/ berkaitan dengan dunia sebagai mahasiswa.

Senario yang berlaku baru-baru ini, pelajar yang terlibat dengan persatuan kebanyakannya pointer menurun atau semakin sedikit usaha mengejar pointer yang baik. Mereka terlalu asyik dengan keseronokan menganjurkan program dan berjuang menegakkan kebenaran. Hakikatnya, penulis sendiri menjadi salah seorang daripada individu2 berpersatuan. Lantang bersuara jika ada penyelewengan yang melibatkan hak student. Hal yang sedemikian penulis rasakan satu keperluan kerana sebagai seorang pelajar yang bersama-sama menyokong perjuangan hak mahasiswa di IPT, pihak-pihak tertentu terutamanya yang berkepentingan tidak harus menjadikan pelajar lembu dicucuk hidung. Hanya tunduk pada penganiayaan dan rasuah.


Namun, dari sudut yang lain, setiap pelajar harus tidak sesekali mengabaikan pelajaran. Doa, usaha dan tawakal seharusnya menjadi secret weapon yang terutama. Tanpanya, tidak mungkin, kejayaan dalam semua lapangan akan dikecapi. Ingatlah firman Allah di dalam Surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."

Jelaslah, jika kita betul-betul ikhlas dlm melaksanakan amal ini, insyaAllah, pertolongan Allah itu dekat dgn kita. Namun, jgn sesekali kita mengabaikan perkara yang lain. Kewajipan sebagai seorang anak dan seorang pelajar juga harus menjadi pundak utama. Amalkan menghubungi ibu bapa setiap hari sebolehnya jika kita tinggal berjauhan dengan ibu bapa. Dan pastikan kerja-kerja akademik spt tugasan lecturer beri serta homework disiapkn... pada masa yg sama, keep fokus dlm kelas..


Istilah Penggerak gerakan tetapi penjenayah akademik tidak sepatutnya berlaku, organisasi mahupun persatuan tidak pernah menjadi pesalah kegagalan, attitude individu adalah pesalahnya, sibuk berjaga malam siapakan senjata perang, tapi, abaikan asgment. Berdemo sana sini, tapi, x hormat pensyarah dan x jaga hubungan dengan Rabbi.. semua 2, adalah penyebab Janji Allah spt yg disebutkan di atas tidak terjadi.. mahukan kejayaan, usaha tiada..


Walaubagaimanapun, kita kena sentiasa ingat, kadang-kadang apa yang kita impikan tidak diberikan Allah secara cash.. (la la tu jgk).. mungkin Allah tangguhkan untuk kita dapat yg lebih baik..

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

Kesimpulannya, janganlah sesekali dikalangan kita, terutamanya yang memegang amanah penggerak agama Allah ini, menyalahkan gerak kerja dalam perjuangan sebagai pesalah kepada kegagalan diri sendiri. Teruskan perjuangan dan yakinlah dengan janji Allah kepada hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh serta ikhlas dalam jalan yang diredhaiNya.

~let's muhasabah~

please click the picture 2 have a better view....




just 4 fun! (^_^)

UKM2~di mana keadilan?

Entry kali ni, x nak jenguk jauh-jauh sgt.. yg dekat-dekat sudah.. apa lagi kalu bukan kes UKM4 dan UKM 2.. ape ke bende 2??

UKM4
Tanggal 22 April 2010, tarikh keramat buat 4 orang pelajar Sains Politik UKM.. iaitu Sdr Hilman Idham, Sdr Ismail Aminuddin, Sdri Azlin Shafina Adzha dan Sdr Woon King Chai.. 



Ditahan dan didakwa mengikut Seksyen 15(5)(A) Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971.  ketika mahasiswa lain sedang bergelumang dgn buku dan nota-nota buat persediaan exam final..  tindakan mereka turun padang ke Hulu Selangor utk melihat sendiri situasi Pilihanraya sebenar akhirnya membawa padah.. Akta tersebut menyatakan bahawa :
“Tiada seorang pun pelajar universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut perlembagaan boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan bangkangan terhadap – (a) mana-mana parti politik sama di dalam atau di luar Malaysia.”

                Mereka walaubagaimanapun menafikan tuduhan itu dan mendakwa pergi ke pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor berlangsung itu adalah untuk tujuan kajian penyelidikan akademik.  Sudah tentu, sebagai seorang pelajar Sains politik, berada di dalam gelanggang pilihanraya sebenar secara tidak langsung dapat menambahkan lagi kefahaman mereka thdp pembelajaran di dalam kelas selama ini.  Kalu pelajar Geologi boleh g kaji batu kat bukit mane2 , pelajar dakwah boleh turun dakwah ke orang asli, pelajar catering masuk dapur masak2..tp, kalu pljr sains politik turun ke pilihanraya, jd salah pulak? Erm.. mereka turun kelapangan untuk melaksanakan pemerhatian dan kajian berdasarkan nilai norma dan aplikasian yang dipelajari didalam bilik kuliah...dan seperti yang dilindung di dalam AUKU dibawah perkara 15 (6) Pindaan 2009 yang membenarkan mahasiswa terlibat didalam apa jua perkara selagi ianya meliputi dan berkaitan dengan bidang masing-masing.. jd, ringkasnya, semua pihak termasuk Pemuda Dewan Perhimpunan China Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH), Jaringan Rakyat Tertindas ( Jerit ), Centre for Independent Journalism (CIJ), Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Center for Orang Asli Concerns dan Suara rakyat malaysia (SUARAM), Menggesa UKM menarik balik tuduhan yg diknakn ke ats mereka.. atas dasar kesedaran pihak-pihak tertentu espcially, gerakan mahasiswa, ISU UKM4 ini diwar-warkan di media massa dan elektronik sebagai satu cara mengeksploitasi balik pemikiran rakyat Malaysia bahawa mahasiswa adalah bakal peneraju kepimpinan negara, jika mahasiswa dilayan mcm budak skolah rendah, smpai bila pemikiran mrk dpt matang dan berkembang?

            Pada hemat penulis, hakikatnya, 4 org student ni, ditangkap ats dakwaan membantu parti PKR sms pilihanraya itu.. jd, berkemugknn bg menjaga kepentgn satu pihak yg tertentu, mereka dijadikan mangsa keadaan..

UKM2
Isu ini baru je berlaku beberapa minggu yg lepas, sedang kiter semua terceruk di sudut-sudut library, siapkn asg dan belajar bg mhdpi final exam yg dijadualkn pd ujung bulan 10, gempak lagi dunia AUKU dengan isu 2 orang mahasiswa UKM mengambl bahagian dlm raptai penuh perhimpunan agung UMNO di PWTC pd 17 okt yang lalu..

Sudah!.. isu UKM4 msh x setel, still meleret kuar masuk mahkamah, tiba-tiba muncul pula isu baru yang melibatkan mahasiswa dan parti politik..



Kumpulan yang dikenali sebagai Kesatuan Mahasiswa Mahasiswa Sedar (KEMAS) mendakwa mereka dapat mengecam kedua-dua orang (bulat merah) dalam gambar di atas adalah mahasiswa UKM.  KEMAS mendakwa mahasiswa terbabit adalah daripada Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Kejuruteraan UKM.

Terang lagi bersuluh pulak tu.. kalu tgk dr gambar, 2 org tu, berada di barisan depan skali iring VIP dlm AGM UMNO 2.. UMNO 2, sah-sah parti politik kan? Kenapa mrk dibiarkan begitu shj? Kenapa x ditgkp dan didakwa di bwh akta yang sama mcm yg berlaku pada UKM4? Ekoran daripada inilah, timbulnya isu UKM2 ini, adakah UKM mengamalkan double standart? Ada anak emas.. ader anak tiri?..

HeMat Penulis
Persoalan-persoalan begini, menjerut ruang lingkup pemikiran mahasiwa kini.. pening..pening.. yg mana satu betul? Adakah jika kita menyokong parti yg pro-kerajaan, kita akan bebas dr sbrg undang2 dan peraturan? Adakah jika kita dilihat seolah-olah (just seolah-olah, bukan betul2 pun) menyokong parti pembangkang, kita diikat dgn sgl mcm undang2 dan peraturan yg kadang-kala x munasabah?

            Perkara-perkara sebegini merupakan wajah sebenar yang berlaku di setiap kampus.. bukan shj di UKM.. penulis cuba melihat dan membaca isu ini daripada kaca mata akademik.. tp, malangnya, penulis gagal menjumpai sbrg kemunasabahan.. semakin difikir, semakin penulis muak dan juak dgn sikap ssstgh pihk yg cuba mengmbl kesempatn ats ketidakupayaan mahasiswa rentetan terlingkup dalam tempurung kaca AUKU.. hanya mampu melihat tapi tidak mampu berbuat apa2.. penulis faham tujuan sebenar AUKU adlh utk kebaikan mahasiswa itu sndri.. tp, jika pihak yg mendokong AUKU itu sendiri melanggarnya, masih adakah lagi kepatuhan mereka yang lain? Cth mudah: seorang cikgu cakap pada muridnya, “kamu jgn sesekali hisap rokok!”.. tiba2, suatu hari murid 2 msk dlm bilik guru, tgk cikgu tu tgh hisap rokok.. Nah! Masih adakah lg respect murid tu pd cikgunya? Adakah tegahan cikgunya itu akan diikuti oleh murid td 2? .. teori asas mcm ni, dah jd progrm dlm diri kita, tp, kenapa kita selalu melawan program tu? Dan akhirnya membinasakan diri sndri?..

                Firman Allah:
كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لا تَفْعَلُونَ (٣)
“amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.”

Maka, bukalah mata, terangkan minda, suluhkan hati.. jgnlah kita menjadi seperti umat-umat terdahulu yg tahu kebenaran sesuatu perkara tapi, buat-buat x tahu.. hanya semata-mata ego dan jaga kepentingn diri sendiri..

*Dakwah dan Politik*


Dalam membicarakan isu dakwah dan kaitannya dengan dunia politik, penulis lebih suka merujuk kepada kitab karangan Sa’id Hawwa (Jundullah Jihad Fi Sabilillah)..



Antara isu yang dikemukakan di dalam kitab tersebut ialah beberapa pandangan golongan manusia terhdp politik :
1) Ada yang mengatakan bahawa kita tidak boleh msk campur dalam dunia politik.
2) Ada yg mngatakan urusan politik harus ditinggalkn sama sekali kerana melalaikan.
3) Ada pula yg mngtkn bahawa meningglkn politik itu ialah politik..
4) dsb....

Dlm mnjwb isu ini, Said Hawwa mengutarakan keadaan-keadaan yg membawa kpd politik itu menjd satu keperluan kpd hidup manusia :
1) semua perkara yang berhubung dengan manusia dlm negara dipegang oleh kerajaan.
2) Setiap kerajaan ditegakkan atas stand parti politik, maka jika parti politik yg mnguasai kerajaan adlh merupakn gol. Sekulari mahupun liberalis, maka, muncullah teori berdasrkn pemikiran dan nafsu (without Quran dan Sunnah) dlm dasar aliran parti berkenaan.
3) Jika parti berkenaan yg memegang kerajaan, maka, fikir-fikirknlah natijahnya kepada rakyat dan negara. Sudah tentulah :
a) Tidak wujud kesatuan Islam.
b) Matinya semangat jihad.
c) Hukum Islam tdk terlaksana.

Berhdpn dgn kenyataan ini, sesungguhnya sesuatu yg wajib tdk dpt disempurnakan melainkn dgnnya, maka ia menjadi wajib. Logically, kalu negara diperintah oleh orang yg fasiq, mahu ke dia jlnkn pentdbiran yg betul2 ikut syariat?? 
Sesetgh org Islam memahami bhw bekerja menegakkan kerajaan Islam adlh Fardhu kifayah. So, kalu dah ader org wat, maka tergugurlah kewajipn itu kpd org lain. Fahaman ini betul, tp, hnya jika kadar yg melakukan kewajipn menegkkn Islm itu sudah mencukupi. Sebaliknya, jk pgmbln bhgn drpd org2 Islam itu tdk mencukupi maka, kwajipan i2 ttp dipikul oleh stiap org. Dan utk menegakkn kerajaan Islam, “kerja politik” adlh perlu..
Setiap muslim perlu mempunyai kesedaran politik, bukan terikut dgn dunia politik. Means, setiap org Islam perlu melakukan kerja politik dlm apa jua keadaan samada wujud pemerintahan Islam atau tdk. Ketiadaan kesedrn politik oleh org Islam mgkn mjdi salah satu faktor yg mbwa bencana kpd dunia Islam.

Jika ada muslim yg mengemukakan syiar spy jgn msk cmpur dlm urusan politik, itu adlh kerana ia tdk faham Islam atau org yg tdk mahu m’ambl sikap yg tegas ttg pemernthn Islam. Akhirnya, muncul generasi yg negatf, mundur dan membiarkn gol. Perosak (al-Mufsidin) melakukan keroskn:

....وَلا تُفْسِدُوا فِي الأرْضِ بَعْدَ إِصْلاحِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ (٨٥)

(....dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur) Dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang Yang beriman.)

Entry di atas hnyalah seciput kefahaman penulis akan perkara yang diketengahkan oleh Said Hawwa dlm membincgkn isu jihad dlm dunia kontemporari kini.. sbrg cdgn dan pembetulan atau mgkn an argument amat dialu-alukn.. bersama kita topup ilmu..

~Kaum luth kontemporari~

Assalamualaikum wbt..

Isu gay dan lesbian atau homoseksual ni sebenarnya dah bernanah dalam masyarakat kita dah lama. kalau dulu, muda-mudi segan-silu nak mengaku dirinya gay atau lesbian, tapi kini?.. erm..
ikuti sebuah dokumentari yang penulis berhasil dptkn dr sebuah laman video yang popular..

dan sambungannya..

Dokumentari di atas memaparkan kisah golongan homoseksual di Singapura. hmm.. jiran kite jugak, namun, alhamdulillah, stakat ni, Malaysia x la nk iktiraf golongn ni mcm di sana.  tp, who knows? ble dah menular gejala ni, serata ceruk ader puak ni, x mustahil, kerajaan terpaksa tunduk utk mengiktiraf mereka cthnya, bagi kerja dan jawatan penting, sahkan perkahwinan mereka dsbg..

Tgk aje, isu yg baru meletop baru2 ni, Adam Lambert, seorang artis (ikon kepada golongan gay) dibenarkan masuk ke Malaysia dan mengadakan konsert.. keratan artikel kt bwh ni, adlh drpd akhbar The Malay Mail.

The day after our interview was done, Adam tweeted that, "While I don't believe that my glamnation tour is in any way offensive I have agreed to make a few minor adjustments out of respect for the Malaysian gov­ernment. Looking forward to a fun show."
He also went on to add that, "Does my show 'promote the gay lifestyle'"? It promotes living ANY lifestyle that includes the freedom to seek love and intimacy. Gay, straight, bi, young or old. It's all inclusive."
And his next and final say on the matter read, "plus, what's THE gay lifestyle? There isn't just one. There are so many different kinds of gay people. We have a variety of different lifestyles. There's not only one life­style lived by straight folks. General­izing...."
Adam however, sounded al­most perplexed why his sexu­ality has come into question.
"There's always a million questions about my sexual­ity. Which is fine, I have no problem with it, but it's when those are the only questions asked and hardly questions asked on my music that's when I get frustrated.
"I think first and foremost I'm a singer. That's what I do everyday and what I'm here to do. I think that if indirectly I be­come a role model or a figure associat­ed with the gay and lesbian movement, that's great and I have no problem with it."
keratan artikel di atas diambil daripada..

erm.. 
sah2, si lambert ni mengaku dy gay, bangga pulak tu..
heran jugak, apelah agenda pihak-pihak yg benarkan si lambert ni masuk wat konsert sini..
So, what gonna be happen?
fikirkanlah..
Kita imbas kisah Kaum Nabi luth yg diceritakan di dalam al-Quran melalui 
Surah As-Syuara'ayat 165 hingga 168.
"Patutkah kamu melakukan hubungan sejenis dengan lelaki dari kalangan manusia (165)
 "Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!" (166)
"Mereka menjawab: "Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti Wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!" (167)
"Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu". (168)
Nak dipendekkan citer,

Dua bulan lepas, semasa menyiapkan proposal tesis yang bertajuk 'pendekatan dakwah rasul Ulul Azmi: satu analisis kritis melalui ayat al-Quran', penulis sedikit sebanyak mengulang baca beberapa kisah nabi-nabi terdahulu termasuklah kisah Nabi Allah Luth a.s. jd, ringkasnya, citer Kaum Nabi Luth ni,,,

Hampir keseluruhan kaum Nabi Luth ini mengamalkan gaya hidup songsang, iaitu melakukan hubungan kelamin sesama sejenis iaitu lelaki dengan lelaki yakni meninggalkan perempuan dan sebaliknya. Perbuatan ini merupakan sesuatu penyelewengan fitrah yang amat buruk. Nabi Luth telah menyeru mereka untuk menghentikan perbuatan tersebut disamping menyampaikan seruan-seruan Allah, tetapi mereka mengabaikannya dan malah mereka mengingkari kenabiannya. Akhirnya, kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan bencana yang sangat mengerikan dan dahsyat. Kejadian ini berlaku pada kira-kira tahun 1800 sebelum Masihi. 

kaum Nabi Luth sentiasa tertarik kepada golongan sejenis dan enggan menerima dakwah Nabi luth a.s, malahan isteri Baginda sendiri merupakan seorang yang tergolong diklgn mereka dan menjadi gunting dlm selimut.  akhirnya, azab yg ditimpakan Allah kpd mereka, kehancuran mereka pada waktu Subuh dalam keadaan sungguh dahsyat kerana bumi negeri itu diterbalikkan. Mereka turut ditimpa batu daripada tanah keras dan terbakar.

Al-Quran menyebut azab yang menimpa mereka: “Maka Kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah dan Kami hujani mereka dengan batu daripada tanah yang keras.”

Demikian balasan terhadap mereka yang melakukan homoseks. Berhubung perkara ini, ada sebuah hadis Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad daripada Ibn Abas: “ Siapa yang kamu dapati melakukan perbuatan kaum Luth, bunuhlah orang yang melakukannya dan diperlakukannya.

Ringkasnya, penulis merasakan isu lambert ni bakal menjadi pemula kepada berikutan siri-siri kemaksiatan kat negara yang kita cintai ini..

Sekilas kita tgk ke Jalan Chow Kit atau Lorong Hj Taib.. ader aper?.. apa lg, kalu bukan golongan maknyah yg berlonggok. memenuhi spnjg jln utk cri pelanggn.. apa tindakn kita? ya, betul.. pihak Jawi, Jais mahupun JAKIM dan wat bnyk operasi utk tgkp puak-puak ni, tp, yg herannya, benda ni,still jd.. dah kena tgkp.. byr saman.. then, diorg wat blk.. hakikatnya, mrk sndri tiada kesedaran kendiri.. Nak ubah diri yg plg penting kita sedar dlu apa yg perlu diubah.. Pengkid pulak.. even dekat sekolah pun sdg merebak skrg.. especially sekolah yg hnya utk girls.. makin mjadi-jadi keadaan girls yg minat sama girls utk puaskn nafsu sndri.. kalu nak contoh??.. cube tonton citer 'histeria'.. pengaruh songsang..

Jangan pulak nanti, Allah turunkan azab kepada kita kerana tengok aje benda maksiat jadi depan mata..
kalu bala tu nak diturunkan, akan kena kepada semua yang ada pada waktu dan kt tempat tu, kerana semua bertanggungjwab ke atas sesama saudaranya.,
so, sebagai seorg rakyat Malaysia yang muslim, kita tahu hukum, kita faham agama w'pun cket2.. sampai2kanlah kpd mereka2 yg di luar sana 2.. haram hukumnya homoseksual ni..
bersama kita banteras gejala ni, w'pun dah bernanah, kita harap2, msih boleh diubati lagi..

Semoga Allah bersama-sama kita.. membantu kita..
Amin, ya Rabbal 'Alamin..